Meriah, lebih 300 hadir program Baitulmal

MUKAH – Lebih 300 pengunjung membanjiri Dewan Seri Pekala, Kampung Kuala Lama di sini bagi memeriahkan Program Hari Bersama Pelanggan dan Ramah Tamah Aidilfitri Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Mukah, pada Selasa.

Kehadiran luar biasa masyarakat setempat itu membuktikan keberkesanan program turun padang dalam mendekatkan institusi zakat dengan nadi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine yang hadir menyantuni warga Mukah berkata, program sedemikian merupakan platform terbaik bagi memperkukuh rantaian ukhuwah antara penyumbang, penerima zakat, dan pihak TBS.

“Ini bukan sekadar majlis makan-makan, tetapi satu usaha murni memperkasa pengurusan zakat dan kebajikan masyarakat”.

“Kehadiran ramai anak muda dan penduduk setempat menunjukkan kesedaran mereka terhadap peranan Baitulmal semakin meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Program yang berlangsung seawal jam 9 pagi itu tidak hanya tertumpu kepada sambutan hari raya, malah menjadi pusat sehenti (one-stop centre) buat pelanggan.

Pelbagai aktiviti turut menarik perhatian antaranya kuiz zakat yang mencabar minda, ruangan Photo Booth Raya untuk kenang-kenangan, serta kaunter perkhidmatan zakat potongan gaji yang memudahkan urusan tanpa perlu ke pejabat.

Turut memeriahkan suasana ialah Pengurus TBS Bahagian Mukah, Osman Immun; Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah, Dr Muhammad Najib Hasan dan Pegawai Penerangan JKOM Parlimen Mukah, Abdul Majid Azman.

Sementara itu, rata-rata pengunjung yang ditemui menyifatkan inisiatif TBS sebagai langkah bijak dalam menyebarkan maklumat perkhidmatan secara lebih santai dan telus.

Suasana dewan bertambah meriah dengan alunan lagu raya, dan persembahan kareoke serta sesi jamuan Aidilfitri yang membolehkan pemimpin setempat berinteraksi secara terus dengan masyarakat dalam suasana penuh muhibah.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian