Miri teroka perkhidmatan bas hop-on hop-off bagi perkasa pelancongan

MIRI – Konsep perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur kini sedang diterokai untuk diperkenalkan di bandar Miri sebagai usaha memperkasa sektor pelancongan tempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off telah menjadi antara produk pelancongan bandar yang penting di peringkat antarabangsa, termasuk di London, Rome, Paris dan Cape Town.

Menurut beliau, di Malaysia, perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off telah terbukti berjaya dengan menawarkan lawatan siang dan malam yang memudahkan pelancong menerokai ibu negara.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL Hop-On Hop-Off, Syed Azhar Syed Nadzir bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai operasi dan potensi perkhidmatan tersebut.

“Perkhidmatan ini memberi pengalaman yang sangat baik kepada pelancong kerana ia berhenti di lokasi-lokasi ikonik serta menyediakan penerangan sepanjang perjalanan, sekali gus memudahkan pelawat mengenali bandar dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Tambah beliau, perkhidmatan itu mampu mengendalikan lebih 10 bas sehari dengan kapasiti melebihi 1,800 penumpang, selain mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada pelancong antarabangsa seperti dari China, India dan Indonesia.

Selain itu, pakej lawatan transit yang ditawarkan bersama KLIA Ekspres turut memberi peluang kepada pelawat yang mempunyai masa singkat untuk menikmati lawatan ringkas di Kuala Lumpur, termasuk kemudahan pengangkutan dari lapangan terbang ke pusat bandar.

Beliau turut menyifatkan perkhidmatan tersebut sebagai contoh produk pelancongan yang matang dan berpotensi untuk diperluaskan ke bandar lain di seluruh negara.

“Melalui usaha ini, kita sedang meneroka pelaksanaan konsep yang sama di Miri supaya pelawat dapat menikmati lawatan lengkap ke lokasi-lokasi menarik di bandar ini,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, inisiatif tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan imej Miri sebagai bandar mesra pelancong, malah turut membantu mempromosikan restoran tempatan serta perniagaan kecil di kawasan berkenaan.

Related Posts

140,000 rakyat Sabah terima manfaat SYUKUR

TUARAN – Seramai 140,000 rakyat Sabah akan menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) tahun ini selepas bantuan itu distruktur semula bagi memperluaskan jumlah penerima. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,825 KIR miskin tegar dikeluarkan dari senarai e-Kasih

TUARAN – Sabah berjaya mencapai sifar Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang direkodkan pada Januari 2026 selepas 10,825 KIR berjaya dikeluarkan daripada kategori berkenaan. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu kanak-kanak Rohingya: KDN pertahan pendekatan Malaysia, sangkal dakwaan Noor Azizah

Isu kanak-kanak Rohingya: KDN pertahan pendekatan Malaysia, sangkal dakwaan Noor Azizah

Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

140,000 rakyat Sabah terima manfaat SYUKUR

140,000 rakyat Sabah terima manfaat SYUKUR

10,825 KIR miskin tegar dikeluarkan dari senarai e-Kasih

10,825 KIR miskin tegar dikeluarkan dari senarai e-Kasih

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS