AADK Miri anjur ceramah di sekolah, pupuk kesedaran penyalahgunaan dadah

MIRI – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri telah menganjurkan ceramah serta mini pameran antidadah di Sekolah Kebangsaan St. Joseph Miri sempena Program Minggu Antidadah sekolah berkenaan.

Program ini diadakan hasil jemputan daripada Sekolah Kebangsaan St. Columba Miri bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya penggunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang. Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Ceramah telah disampaikan oleh Khairul Fadzli dari Unit Pencegahan dan Publisiti AADK Daerah Miri. Seramai 450 orang murid terlibat dalam program tersebut, terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6.

Menurut AADK Daerah Miri, Khairul Fadzli, pendedahan awal kepada golongan pelajar amat penting bagi membentuk generasi yang berpengetahuan serta berdaya tahan dalam menghadapi pengaruh negatif, khususnya berkaitan penyalahgunaan dadah.

Dalam masa sama, beliau menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pihak sekolah dan komuniti dalam menjayakan program pencegahan dadah. Mereka juga mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana pihak yang berminat untuk melaksanakan program kesedaran antidadah.

Usaha ini diharap dapat melahirkan generasi bebas dadah selaras dengan aspirasi negara ke arah masyarakat yang sihat dan sejahtera.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia