Rumah Seni Kluang tarikan baharu daerah

KLUANG – Siapa sangka banglo lama yang suram dan tidak berpenghuni sejak sekian lama kini mampu menjadi salah satu ikon pelancongan di daerah ini selepas ianya mendapat sentuhan baharu.

Rumah Seni Kluang yang kini berfungsi sebagai sebuah galeri dipenuhi dengan puluhan lukisan mural berbentuk 3D dan 4D sekaligus menjadikan lokasi itu sebagai tarikan baharu di sini.

Menyingkap kembali usaha keras pelukisnya, Zulkifli Dahlan, 57, yang merupakan seorang bekas kartunis sambilan majalah humor mengakui aktiviti dilakukan itu adalah untuk mengisi masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat tahun lalu.

“Pada awalnya, saya hanya berangan-angan menghasilkan mural secara dalaman namun setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan, kesemua mural di banglo ini dapat disiapkan dengan setiap mural mengambil masa antara tiga hari hingga empat bulan untuk dihasilkan.

“Apabila tamat tempoh PKP akibat penularan wabak Covid-19, rakan-rakan mencadangkan supaya banglo ini dijadikan sebuah galeri kerana mural yang terhasil mampu menjadi tarikan pelancong, dan sejak itu mulai Februari lepas, banglo ini digelar sebagai Rumah Seni,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Zulkifli, yang minat melukis sejak berusia lima tahun berkata, selepas Rumah Seni dibuka kepada pengunjung, galeri itu menerima hampir 2,000 pelancong domestik dan luar termasuk dari Singapura serta Indonesia.

Antara mural yang menjadi tumpuan ialah potret Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Kampung Palembang iaitu antara lokasi di daerah ini.

“Suatu ketika semasa saya kecil, saya pernah diketawakan oleh seorang guru kerana saya gemar melukis orang lidi, sejak itu saya nekad untuk melukis bersungguh-sungguh dan syukur sekarang mural saya terlakar di galeri ini serta terdapat di beberapa daerah antaranya Mersing, Tangkak dan Batu Pahat,” katanya.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan