PRK Mahkota: Masyarakat Cina kenang sifat baik Allahyarham Sharifah Azizah santuni masyarakat

KLUANG – Masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyifatkan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggalkan jasa dan legasi kepimpinan yang baik di kawasan itu.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press, seorang pekerja di sebuah kedai kain, Yeow Kong Sing berkata, rata-rata masyarakat Cina di Mahkota berpuas hati dan tidak mempunyai sebarang isu sepanjang Sharifah Azizah memegang jawatan itu.

Kong Sing berkata, dia mengharapkan pemimpin yang bakal memegang amanah dengan baik seperti yang dilakukan oleh Allahyarham.

“Saya akan undi pada mereka yang membawa perubahan dan masyarakat Cina di DUN Mahkota berpuas hati dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Tak ada yang kurang di sini, saya mengharapkan yang terbaik,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada Ahad.

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menyeru agar masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar ‘alat’ UMNO untuk mendapatkan undi daripada kaum itu

Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah pada hari pertama kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah di sini, pada Sabtu.

Menurut Azman, kerajaan hari ini berbentuk ‘silo’ kerana Kerajaan Perpaduan di Kerajaan Persekutuan manakala di Johor pula hanya melibatkan Kerajaan Barisan Nasional semata-mata tanpa campur tangan parti komponen lain.

Katanya, masyarakat Melayu juga ditipu habis-habisan bahawa tidak berlaku ‘perkahwinan’ antara UMNO dan DAP.

Mengulas lanjut berkenaan kenyataan tersebut, seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Yap berkata, isu yang dilontarkan adalah sensitif kerana melibatkan unsur perkauman.

Katanya, tiada terjadi perkara sedemikian dan masyarakat Cina hidup dengan harmoni.

Ujarnya, yang juga sependapat berkata, Allahyarham tidak kekok menyantuni masyarakat sekitar dan berharap pemimpin yang bakal memenangi kerusi DUN ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Siapa yang cakap, saya rasa perkara ini sensitif, kita tiada macam ni. Saya rasa semua baik.

“Sharifah Azizah bagus, beliau rajin ikuti sebarang program, selalu bergaul dengan masyarakat.

“Pemimpin yang akan bertanding ini, walaupun sesiapa yang menang. Semoga beliau akan terus berbakti untuk masyarakat di DUN Mahkota seperti pimpinan Allahyarham Sharifah Azizah,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi