SDK Football Gallery rakam legasi bekas pemain Sabah

SANDAKAN – SDK Football Gallery yang dicadang untuk dibangunkan akan merakam dan mengabadikan sejarah serta sumbangan pemain terdahulu dalam arena bola sepak untuk generasi akan datang.

Presiden Musketeers Football Academy, Hardy Pudar berkata, inisiatif itu usaha pihaknya dan mendapat sokongan penuh Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan (PBDS) sebagai rakan strategik dalam memperkukuh warisan bola sepak tempatan.

“SDK Football Gallery dijangka menjadi platform penting dalam memelihara sejarah bola sepak di Sandakan, sekali gus menghubungkan generasi lama dan baharu dalam satu ekosistem yang lebih tersusun serta beridentiti.

“Kita juga merancang penerbitan buku khas yang menghimpunkan profil pemain lama serta pelaksanaan program ziarah dan rakaman video biografi bagi memastikan kisah serta sumbangan mereka terus dikenang,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Difahamkan, satu pertemuan bersama bekas pemain lama dari Sandakan yang pernah mewakili negeri ini juga telah dibuat sebagai satu langkah signifikan ke arah memartabatkan legasi bola sepak Sabah.

Katanya, selain cadangan galeri, pertemuan itu juga susulan projek pendataan rasmi bekas pemain bola Sabah yang dibentangkan kepada PBDS.

Beberapa program susulan turut dirangka bagi menghidupkan kembali semangat komuniti bola sepak termasuk penganjuran Majlis Silaturahim Hi-Tea, Perlawanan Amal Legenda serta Piala Komuniti yang akan menampilkan bekas pemain sebagai ikon inspirasi.

Hadir sama, Naib Presiden PBDS, Rusli Hassan serta jurulatih bola sepak berpengalaman, Roslee Amat dan Hamizan Hamidin.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam