Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan separa sedar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Berawan, Limbang itu ditemui di bawah pokok dengan kecederaan serius, termasuk hentakan pada bahagian kepala dan bahu serta disyaki patah tulang dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 38 kilometer dari balai.

Pasukan bomba bersama anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian memberikan rawatan awal di lokasi sebelum menggunakan unit pengusung untuk mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata, lokasi mangsa berada kira-kira 800 meter dari jalan utama melalui laluan berbukit.

“Setelah tiba di jalan utama, mangsa dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik orang awam sebelum diserahkan kepada pihak KKM dan seterusnya dihantar ke Hospital Lawas dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat yang melibatkan enam pegawai dan anggota bersama tiga jentera bomba itu ditamatkan pada jam 2.08 petang.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula