Kempen pilihan raya zaman Tun M bagaikan langit dengan bumi

RAKYAT terutamanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu sentiasa bijak dan ‘tabayyun’ apabila menerima berita dari media sosial.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pada zaman dunia di hujung jari ini, setiap individu perlu mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak mudah percaya bulat-bulat dengan apa jua bentuk berita yang diterima di media sosial

“Zaman sekarang bagaikan langit dengan bumi perbezaannya, setiap berita, propaganda, dakyah politik kita boleh dapat setiap masa, ketik sahaja ‘smart phone’ bermacam-macam perkara kita boleh dapat termasuk yang berbentuk fitnah.

“Untuk itu, kita khususnya yang menjadi pengundi di DUN Mahkota harus bijak untuk menilai, menapis atau pun ‘tabayyun’ setiap berita, maklumat atau info yang diterima saban waktu.

“Jangan tergopoh-gapah mudah mempercayainya, pastikan setiap berita itu dari sumber yang berintegriti dan tepat untuk elak termakan dengan tipu daya fitnah pembangkang,” katanya ketika dihubungi TMP, hari ini.

Menyentuh mengenai perbezaan suasana kempen pilihan raya zaman dahulu dengan sekarang, Azhar berkata, ia lebih mencabar kerana pada zaman ini kempen pilihan raya boleh dilakukan 24 jam menerusi media sosial.

“Zaman dahulu, katakan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kempen pilihan raya hanya melalui media cetak dan elektronik.

“Rakyat ketika itu hanya boleh dapat berita dari dua medium tersebut, itu pun info dan berita-berita semalam yang bukan terkini.

“Memang ketara bagai langit dengan bumi perbezaannya. Dulu tiada Facebook, TikTok, portal berita dan sebagainya yang kita boleh baca dan berbalas komen setiap masa 24 jam.

“Kalau dulu sembang di kedai kopi mengenai isu di televisyen dan akhbar akan habis di situ sahaja, tapi kini dah lain, boleh membawa sampai nak tidur pun kita masih bersembang isu tersebut di media sosial,” katanya.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Beruas itu menasihatkan para pengundi di DUN Mahkota agar mengambil sikap ‘tabayyun’ terutama menjelang saat akhir tempoh berkempen.

“Sekarang segala fitnah dan tohmahan pembangkang boleh diterima dari setiap penjuru, 360 darjah. Kita jangan mudah termakan dengan dakyah dan propaganda pembangkang terutama melibatkan 3R.

“Dalam keadaan tidak semena-mena berita fitnah itu boleh menyerang kerajaan dan memburukkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara besar-besaran di media sosial

“Jadi saya mengingatkan para pengundi di Mahkota, apabila terima berita memburukkan Kerajaan Perpaduan lakukan usaha untuk dapatkan berita-berita yang sebenar dan tepat, bandingkan dulu dengan pembacaan daripada portal-portal lain seperti media arus perdana dulu sebelum percaya bulat-bulat.

“Yang lebih penting kita jangan pula jadi ejen-ejen fitnah yang mudah menyebarkan berita-berita atau info fitnah itu, kena ingat dosa dan fitnah itu ibarat seperti membunuh,” katanya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka