UMNO Jerantut, Ipoh Barat bawa semangat Nenggiri ke Mahkota

PUTRAJAYA – Jentera UMNO dari Jerantut, Pahang dan Ipoh Barat, Perak sudah bersedia menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dekat Kluang, Johor.

Mereka yang mula berkampung di situ sejak kelmarin berkata, gerak kerja lengkap sudah siap dirancang bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.

Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Barat, Mohd Zawawi Mohd Yusof berkata, pendekatan turun padang yang sebelum ini dilakukan pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri Ogos lalu, akan digunakan di Mahkota.

“Kami bawa semangat (kemenangan) di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan ke sini dan saya sendiri yakin calon BN mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam PRK kali ini.

“Saya percaya jentera UMNO dari negeri lain juga mempunyai kaedah kempen tersendiri untuk memenangi hati pengundi di Mahkota,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, kejayaan BN di Nenggiri sememangnya memberi suntikan semangat kepada semya jentera yang terbabit dalam PRK Mahkota.

Katanya, segala perancangan awal sudah dilakukan dan kelebihan dimiliki Syed Hussien akan membantu BN mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

“Seperti yang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklumkan semalam, Syed Hussien memiliki kelebihan untuk memenangi hati pengundi Cina di Mahkota memandangkan dia memiliki latar belakang pendidikan sekolah Cina.

“Selain itu, kawasan DUN Mahkota juga dijaga dengan baik oleh wakil rakyat daripada BN sebelum ini, jadi tidak ada banyak isu berbangkit dan jika ada pun, ia boleh diselesaikan dengan berhemah oleh kerajaan negeri Johor,” katanya.

PRK Mahkota menyaksikan satu lawan satu antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Syed Hussien, manakala PN mencalonkan Mohamad Haizan Jaafar.

Menurut daftar pilihan raya, setakat 2 Ogos terdapat 66,318 pengundi layak di Mahkota merangkumi 61,397 pengundi biasa; 4,510 pengundi tentera dan suami isteri masing-masing; 401 pegawai polis dan 10 pengundi luar negara.

Pengundian awal ditetapkan pada 24 September ini.

Related Posts

Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta