Keluarga pelajar IPG lemas tuntut laporan siasatan telus

ALOR SETAR – Keluarga pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani Sabtu lalu menuntut laporan siasatan yang telus dan menyeluruh berhubung kejadian itu.

Ibu saudara kepada mendiang Joey Ling Lin Siang, 20, iaitu Kee Ching Ching, 46, berkata, mereka mahu mengetahui sama ada aktiviti tersebut mematuhi langkah keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) selain kesesuaian lokasi untuk aktiviti berkayak.

“Saya berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat memberikan satu laporan siasatan yang telus dan menyeluruh berhubung kes ini.

“Kami juga ingin mengetahui sama ada aktiviti yang dijalankan mematuhi langkah keselamatan serta SOP, selain memastikan lokasi tersebut benar-benar sesuai untuk aktiviti berkayak,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi.

Menurutnya, pihak keluarga turut berharap KPM dapat meneliti semula silibus bagi aktiviti luar yang melibatkan pelajar.

“Perkara ini penting kerana kami tidak mahu insiden seperti ini berulang lagi pada masa hadapan,” ujarnya yang hadir bersama ibu bapa Lin Siang.

Sementara itu, katanya, jasad anak saudaranya itu akan dibawa pulang ke Sibu, Sarawak untuk disemadikan di sana.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek malam tadi meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu keluarga mangsa serta memberi penghormatan terakhir kepada jasad mendiang Lin Siang dan Christopher Ling Jia Siang, 21.

Lebih 100 pelajar IPG Kampus Perlis turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada dua rakan mereka.

Rata-rata mereka kelihatan sugul dan menangis selepas melihat jasad kedua-dua mendiang.

Jasad dua pelajar itu kemudian dibawa keluar dari HSB ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna kira-kira pukul 11.15 malam tadi sebelum diterbangkan pulang ke Sarawak hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Sabtu lalu, dua pelajar IPG terbabit ditemukan lemas selepas dipercayai dipukul ombak ketika menyertai aktiviti berkayak bersama 33 lagi pelajar lain.

Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani ambilan Ogos 2025/2029 di IPG Kampus Perlis.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI