Buruh tipu maklumat daftar kelahiran anak didenda RM8,000

KUANTAN – Seorang lelaki Indonesia berstatus penduduk tetap didenda RM8,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pembetulan maklumat dalam daftar kelahiran anak kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Sahal Sayadi, 58, turut berdepan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda diputuskan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Berdasarkan kertas pertuduhan dan fakta kes dikemukakan pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang, Fahkrol Anuar Sani, buruh binaan itu didapati dengan sengaja mengemukakan sijil cerai palsu dari Pengadilan Agama Bawean, Gresik, Jawa Timur semasa membuat permohonan pembetulan maklumat dalam daftar kelahiran anak lelakinya yang kini berusia 16 tahun.

Hasil semakan melalui Surat Konfirmasi Pengesahan Akta Cerai Warga Indonesia yang dikeluarkan Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025, mengesahkan nombor siri sijil cerai dikemukakan adalah palsu dan tidak berdaftar.

Tertuduh dipercayai bertindak demikian bagi tujuan mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak hasil perkahwinan pertamanya dengan wanita yang juga warga Indonesia, lapor Sinar Harian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, JPN Negeri Pahang kira-kira jam 3.30 petang pada 30 September 2024.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang juga bapa kepada 10 anak didakwa mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan sebelum itu merayu agar dikenakan hukuman denda minimum.

Alasan lelaki itu, dengan pendapatannya hanya RM1,000 sebulan sebagai buruh, dia terpaksa menyara isteri dan 10 anak.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran selain mengambil kira kepentingan awam.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula