97 peratus peneroka FELDA Pahang terima geran hak milik

KUANTAN – Seramai 41,830 orang peneroka FELDA atau 97 peratus peneroka di negeri ini sudah menerima geran hak milik mereka.

Baki warga peneroka yang belum menerima geran hak milik bakal menerimanya hujung tahun ini.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, seramai 1,296 peneroka atau 3 peratus belum menerima geran hak milik mereka.

“Secara pecahan mengikut wilayah FELDA di Pahang, di Wilayah Kuantan mempunyai 15,050 peneroka, di mana 13,989 telah terima, dan 1,061 belum terima.

“Di Wilayah Mempaga, terdapat seramai 13,119 peneroka, dengan 12,935 telah terima, dan bakinya 184 belum terima.

“Manakala di Wilayah Jengka ada 14,957 peneroka, 14,906 telah terima, dan bakinya 51 belum terima.

“Baki peneroka ini telah pun berdaftar dalam Buku ROH (Register of Holdings) sejak awal kemasukan ke rancangan FELDA, yang selaras dengan Seksyen 12 Akta 530.

“Pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah serta FELDA menjangkakan baki ini akan diselesaikan sepenuhnya pada penghujung tahun 2025,” katanya.

Amizar memaklumkan, Kerajaan Pahang sudah menganjurkan Majlis Penyerahan Hak Milik di dua lokasi iaitu di Dewan Semai Bakti FELDA Triang 3 pada 19 Mei lalu melibatkan penyerahan hak milik kepada 195 peneroka FELDA Triang 3.

“Di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Lepar Hilir pada 8 Ogos 2025 melibatkan penyerahan hak milik kepada 157 peneroka FELDA Lepar Hilir 4; 51 peneroka FELDA Lepar Hilir 1; empat peneroka FELDA Lepar Hilir 3; 21 peneroka FELDA Bukit Sagu 1; sembilan peneroka FELDA Bukit Sagu 2 dan empat peneroka FELDA Bukit Sagu.

“Majlis-majlis ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri bersama FELDA bagi menyelesaikan baki pemberian geran hak milik kepada peneroka di seluruh negeri, mengikut perancangan yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis