7,250 warga Syria di Jordan pulang ke tanah air

AMMAN – Seramai 7,250 warga Syria yang berada di Jordan telah pulang ke negara asalnya dengan kebanyakan daripada mereka tidak diklasifikasikan sebagai pelarian, sejak penggulingan pemerintahan Bashar Assad, kata Menteri Dalam Negeri Jordan, pada Khamis.

Mazin Al-Farrayeh memberitahu saluran rasmi Jordan, Al-Mamlaka TV, bahawa mereka yang pulang itu telah menyeberang dari Jordan ke Syria melalui lintasan sempadan Jaber-Nassib, yang telah dibuka sejak 8 Disember, lapor Anadolu.

Jordan dan Syria berkongsi dua lintasan sempadan utama iaitu Lintasan Al-Gomruk Al-Qadim, yang dikenali sebagai Ramtha di sebelah Jordan, telah tidak beroperasi selama bertahun-tahun akibat konflik di Syria, manakala, lintasan Nassib adalah bersamaan dengan lintasan Jaber di Jordan.

Al-Farrayeh menambah bahawa kebanyakan mereka yang pulang tidak diiktiraf secara rasmi sebagai pelarian.

Jordan, yang menjadi tuan rumah kepada 1.3 juta warga Syria, adalah salah satu negara yang paling terkesan oleh konflik di Syria.

Hampir separuh daripada populasi warga Syria di Jordan telah didaftarkan sebagai pelarian, manakala selebihnya memasuki negara itu sebelum konflik bermula pada tahun 2011, melalui hubungan keluarga, perkahwinan, atau hubungan perniagaan.

Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim mengambil alih Damsyik pada 8 Disember, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak tahun 1963.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16