7 atlet KTWS wakili Sabah ke Kejohanan Taekwondo Kebangsaan ke-14

SANDAKAN – Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (KTWS) menghantar tujuh atlet bagi mewakili Sabah ke Kejohanan 14th TM-KBS-MILO National Junior Taekwondo Championship 2025 yang akan berlangsung di Negeri Sembilan dari 11 hingga 13 April 2025.

Menurut jurulatih KTWS, Muhammad Huzaime Adurin, kesemua atlet terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan, yang akan bertanding dalam beberapa kategori termasuk poomsae individu, pasangan campuran (mixed pair) dan pasukan (team).

“Selain daripada KTWS, terdapat beberapa kelab lain dari Sabah yang turut serta, menjadikan jumlah keseluruhan wakil dari negeri ini sekitar 80 hingga 90 orang.

“Kejohanan kali ini akan mempertandingkan pelbagai kategori seperti kyorugi, poomsae dan Taekwondo Maya (Virtual Taekwondo) yang berasaskan visual,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, pada Rabu.

Sebagai jurulatih KTWS, Huzaime menaruh harapan tinggi agar para atlet dari Sabah dapat membawa pulang pingat dan mengharumkan nama negeri.

“Harapan saya, anak-anak murid dari KTWS dapat memberikan yang terbaik hasil daripada usaha keras mereka selama ini.

“Kami mahu sekurang-kurangnya mengekalkan kejayaan tahun lalu, atau mungkin mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pada edisi ke-13 kejohanan tahun lalu, KTWS berjaya membawa pulang satu pingat emas bagi kategori team poomsae 2014, dan mereka berazam untuk memperbaiki pencapaian tersebut kali ini.

Sementara itu, Huzaime turut menyeru agar semua kelab dari Sabah terus menunjukkan peningkatan prestasi demi mengangkat martabat sukan taekwondo di peringkat kebangsaan.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi