6,505 kes tribunal perumahan, pengurusan strata diselesaikan KPKT

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelesaikan sebanyak 6,505 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.

KPKT menerusi kenyataan memaklumkan kes yang didaftarkan sentiasa menunjukkan trend peningkatan yang ketara pada setiap tahun, dengan tahun ini setakat Jun lepas sebanyak 6,484 kes didaftarkan.

Katanya, sebanyak 12,883 kes didaftarkan di TPPS dengan 11,839 kes berjaya diselesaikan bagi tahun lalu di samping kementerian memberi jaminan kes yang diselesaikan dijangka akan terus meningkat berdasarkan rekod kejayaan TPPS pada tahun-tahun yang lepas.

“KPKT melalui TPPS sentiasa komited dan fokus dalam memberikan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan, selaras dengan hasrat kerajaan dalam memberikan tumpuan kepada pengurusan perumahan berstrata bagi menyediakan perumahan dan persekitaran yang berkualiti dan selesa.

“Perkara ini membuktikan peranan KPKT bukan hanya terbatas kepada penyediaan perumahan, malah terhadap pengurusan dan juga penyelesaian isu strata,” katanya, pada Khamis.

TPPS terdiri daripada dua tribunal, iaitu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS), yang berperanan sebagai forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan serta hal-hal berkaitan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat.

Bagi nilai award pula, kementerian itu memaklumkan jumlah nilai award yang dikeluarkan di bawah TTPR pada tahun lepas adalah sebanyak RM26,444,180.82 manakala jumlah nilai award yang dikeluarkan oleh TPS sebanyak RM60,053,136.58.

Sementara itu, Menterinya, Nga Kor Ming dalam kenyataan sama berkata, pencapaian TPPS itu sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau turut merujuk Laporan Daya Saing Dunia 2025 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD), yang menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga 23 daripada kedudukan ke-34 sebelum ini.

“Peningkatan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh kecekapan, ketelusan dan integriti dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Kor Ming menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh presiden TPPS yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan dalam satu majlis ringkas di KPKT, menjadikan jumlah keseluruhan presiden TPPS sebanyak 42 orang yang terdiri daripada 14 presiden TTPR dan 28 presiden TPS.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang