580 kenderaan asing isi minyak berulang kali di sempadan

KUBANG PASU – Sebanyak 580 kenderaan berpendaftaran asing dikenal pasti membuat pengisian minyak secara berulang melebihi satu kali dalam hari yang sama di stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand sejak 25 September lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, maklumat berkenaan diperolehi hasil penugasan pegawai secara statik di enam stesen minyak berhampiran sempadan di negeri ini.

Katanya, hasil pemantauan itu telah disalurkan kepada bahagian risikan untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil risikan kita berjaya menyita
1,300 liter minyak petrol (dianggarkan bernilai RM2,865), 4,200 liter minyak
diesel (dianggarkan bernilai RM12,390), dua unit kenderaan dan peralatan
pemindahan minyak. Keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM37,015,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan di beberapa stesen minyak di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat risikan didapati aktiviti penyelewengan ini dijalankan secara kecil-kecilan sama ada secara individu atau kumpulan kecil
dengan menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

“Modus operandi mereka adalah dengan membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada beberapa kenderaan yang disyaki mempunyai tangki tambahan.

“Kawasan pengumpulan yang telah dikenal pasti adalah di kawasan kampung yang jauh dari perhatian awam,” katanya.

Jelasnya, penugasan pegawai secara statik itu dilakukan di lima stesen minyak dalam daerah Kubang Pasu dan sebuah stesen minyak di daerah Baling.

“Penugasan pegawai terbabit juga membantu kita mendapatkan perbandingan rekod jualan petrol dan diesel antara 1 hingga 20 Oktober  berbanding tempoh yang sama pada bulan sebelumnya.

“Jadi kita mendapati terdapat penurunan jualan bagi produk diesel di stesen-stesen berkenaan antara tujuh hingga 24 peratus manakala bagi produk petrol RON95 pula mencatatkan penurunan antara tiga hingga 30 peratus,” katanya.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri