Cukuplah, sampai bila nak tunggang nama Rasulullah – Nakhaie

PEMIMPIN Pas dibidas agar tidak terus menunggang agama bagi menghalalkan kepentingan politik mereka.

Perkara itu ditegaskan oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad yang menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin parti itu yang masih menggunakan Islam namun tidak menyeluruh pada semua situasi dan keadaan.

“Aku ambil gaji kerana Rasulullah pun ambil gaji. Aku berpoligami ikut sunnah Rasulullah.

“Cukuplah! Sampai bila nak tunggang nama Rasulullah. Khumus (satu perlima harta) yang diperuntukkan Allah kepada Rasulullah adalah untuk orang miskin, anak yatim dan lain-lain.

“Hang ambil gaji untuk isi tembolok sendiri, untuk bermewah, sedangkan nabi sanggup berlapar untuk membela orang miskin dan anak yatim.

“Samakah tujuan nabi berpoligami dengan kamu berpoligami? Kamu berpoligami nak bela kaum wanita ke atau hanya nak memuaskan nafsu sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Meskipun tanpa menyebut sebarang nama, namun kenyataan Nakhaie itu dipercayai merujuk tindakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, kelmarin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempertikaikan bagaimana Anwar memperoleh pendapatan dan berbelanja untuk keperluan harian jika beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Timbalan Presiden Pas itu secara secara sinikal memetik bahawa seorang rasul pun diberikan peruntukan oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap lebih daripada rasul.

“Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji… sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.

“Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji,” kata Tuan Ibrahim.

Related Posts

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RAUB – Dinamika politik semasa yang melibatkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai cabaran biasa dalam proses membentuk kestabilan politik jangka panjang, kata pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan