5,447 mangsa banjir masih berada di 29 PPS

ALOR SETAR – Mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 5,447 mangsa daripada 1,741 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini setakat 8 pagi hari ini.

Jumlah itu menurun berbanding 5,478 mangsa daripada 1,750 keluarga, setakat 11 malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di daerah Kota Setar, mangsa terus menurun kepada 3,665 mangsa daripada 1,192 keluarga berbanding 3,696 mangsa daripada 1,201 keluarga di 16 PPS, 11 malam tadi.

Selain itu, jumlah mangsa banjir di Pendang kekal 1,565 mangsa daripada 478 keluarga di 10 PPS.Dua PPS di Kubang Pasu juga kekal menempatkan seramai 153 mangsa daripada 46 keluarga, manakala di daerah Pokok Sena, mangsa kekal 64 mangsa daripada 25 keluarga di sebuah PPS.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM