5 Taman Rekreasi MADANI bakal jadi kenyataan di Selangor

SEKURANG-KURANGNYA lima Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Selangor bakal disiapkan menjelang akhir tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, Kerajaan Selangor sedang gigih menyiapkan TRM yang berkonsepkan rekreasi komuniti yang lebih moden dan inklusif.

Jelasnya, proses pembangunan sedang dijalankan secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa lokasi dikenal pasti antaranya Sepang dan Kuala Langat.

“Setakat ini projek itu sedang berjalan, saya yakin sehingga hujung tahun ini akan siap dalam tiga hingga lima.

“Saya pasti PBT tahu pelaksanaan taman ini iaitu mempunyai ciri-ciri ‘Kita Selangor’ dan ada akses akses Wi-Fi, bukan sekadar taman permainan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Landskap Negara menyasarkan pembinaan 112 TRM di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Beliau berkata, pembangunan TRM akan menitikberatkan persekitaran hijau serta kemudahan landskap yang mesra rekreasi demi kesejahteraan penduduk dan manfaat komuniti setempat.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16