5.3 juta pek beras putih tempatan 10kg lenyap akibat banjir – Arthur Kurup

KUALA LUMPUR – Bencana banjir yang melanda beberapa negeri mengakibatkan negara berdepan kesan besar terutama dengan kehilangan potensi hasil membabitkan penghasilan beras.

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup mengakui banjir yang melanda beberapa negeri mengakibatkan negara berdepan kesan besar terutama dengan kehilangan potensi hasil membabitkan penghasilan beras.

Kata beliau, berdasarkan statistik kementerian negara direkodkan kehilangan potensi hasil 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg), setakat ini.

Ujar beliau, keadaan itu sekali gus memberi impak kepada bekalan beras putih tempatan (BPT).

“Perlu diambil maklum, tahun ini bencana sangat luar biasa dan ia memang ada membawa kesan kepada bekalan BPT dalam negara kita.

“Setakat ini, kita kehilangan 5.3 juta pek 10kg kampit beras dalam pasaran… lenyap begitu sahaja akibat banjir yang melanda negara kita,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai keberkesanan inisiatif dilaksanakan KPKM bagi menangani isu kekurangan bekalan BPT.

Sementara itu, Arthur berkata, KPKM menyediakan Tabung Bencana Tanaman Padi untuk memberikan bantuan kepada pesawah bagi mengurangkan kerugian dialami mereka susulan kejadian banjir.

Susulan itu beliau berkata, peruntukan RM30 juta disediakan KPKM bagi tujuan bantuan pembaikan infrastruktur musnah akibat banjir, tahun ini.

“Pesawah layak menerima bantuan RM1,800 per hektar untuk maksimum tiga hektar, bergantung keluasan yang musnah.

“Selain itu, kaedah baharu iaitu Agrobank Skim Takaful Tanaman Padi dengan pesawah boleh mohon bantuan sehingga RM3,000 per musim, juga sudah dilancarkan Oktober lalu,” katanya.

Mengenai usaha menangani isu kekurangan bekalan BPT, Arthur berkata kementerian sudah menambah empat langkah reformasi institusi dan industri padi beras sebagai fokus utama, sekali gus melipatgandakan program Gelombang Padi, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Ia membabitkan pemisahan kuasa dan fungsi institusi pengurusan industri padi beras serta pengenalan peraturan larangan pencampuran BPT dan beras putih import, selain memperkukuh kawal selia penguatkuasaan serta memantapkan tadbir urus Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16