47 sindiket ‘counter setting’ tumpas

KUALA LUMPUR – Sejumlah 47 sindiket yang terlibat dalam kemasukan pekerja asing secara haram ke Malaysia setakat Oktober berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen dengan kerjasama agensi penguatkuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 1,285 anggota sindiket dan pendatang tanpa izin telah ditahan hasil susulan tindakan tersebut.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen juga mengetatkan pemeriksaan di pintu masuk negara bagi membanteras kegiatan itu.

“Notis Not To Land (NTL) atau notis penolakan kemasukan dikeluarkan kepada mereka yang tidak layak, dan sehingga September tahun ini, 25,214 warga asing telah menerima notis NTL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung tindakan tegas kerajaan terhadap modus operandi ‘counter-setting’ yang turut didalangi agensi penguat kuasa yang ditempatkan di negara ini.

Saifuddin Nasution berkata, antara langkah yang dilaksanakan bagi membenteras kegiatan ini adalah meningkatkan pengawasan pegawai yang bertugas di kaunter, pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan dan melakukan pemeriksaan mengejut di kaunter imigresen.

Selain itu, pegawai kaunter dilarang membawa alat komunikasi dan tertakluk kepada pemeriksaan badan sebelum dan selepas bertugas.

Beliau berkata, jabatan itu juga telah menubuhkan pasukan khas untuk membuat rondaan di kawasan itu sebelum pelancong mendekati kaunter imigresen.

“Inovasi teknologi adalah jalannya. Imigresen sekarang di peringkat akhir, dua perkara. Yang pertama kita sedang proses memuktamadkan perolehan bagi sistem saringan awal penumpang, disebut Advance Passenger Screening System.

“Sistem ini membolehkan Imigresen membuat saringan awal bagi pengembara yang melakukan perjalanan ke Malaysia.

“Belum pun mereka sampai, kita dah ada akses terhadap senarai mereka, membolehkan kita membuat pemeriksaan awal.

“Kita juga sekarang di fasa akhir untuk menaik taraf kamera litar CCTV yang dilengkapi audio dan visual di kaunter pemeriksaan,” ujarnya.

“Sekiranya pasukan mengesan individu berlama-lama selama lima, enam, tujuh atau lapan jam tanpa menghampiri kaunter, ia menunjukkan mereka sedang menunggu isyarat daripada sindiket di kaunter mana mereka harus pergi,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa melalui rondaan ini, 6,694 pelancong telah dinafikan masuk ke Malaysia setakat September, kebanyakannya disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi atau tidak mempunyai alamat yang sah.

Saifuddin Nasution berkata, Jabatan Imigresen sedang memuktamadkan proses perolehan untuk sistem saringan penumpang dan sedang menaik taraf sistem CCTV di pintu masuk dengan ciri audio dan visual yang dipertingkatkan.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta