Op Global: Ada pihak ‘intai’ rumah perlindungan – Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan terdapat pihak cuba ‘mengintai’ rumah perlindungan kanak-kanak yang diselamatkan oleh Op Global.

Bagaimanapun, menurut Nancy, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada ibu bapa kanak-kanak ataupun sebaliknya.

“Kami memperketatkan kawalan rumah perlindungan demi keselamatan kanak-kanak yang terlibat dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH),” ujar Nancy.

Tambah Nancy, pihaknya dapat melihat ada pihak tertentu cuba mengintai dari luar rumah.

“Kita tidak pasti sama ada ibu bapa ataupun sesiapa. Apa-apa pun, kita akan memastikan rumah perlindungan tersebut selamat,” kata Nancy seperti dilaporkan oleh Bernama.

Sementara itu, Nancy menjelaskan pihaknya belum dapat membenarkan ibu bapa atau pewaris melawat kanak-kanak kerana bimbang akan keselamatan mereka.

Difahamkan, menurut beliau lagi, seramai 560 kanak-kanak kini ditempatkan di tempat perlindungan setelah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah mahkamah bagi tempoh dua bulan.

“Kalau semuanya okey, kita benarkan kanak-kanak dilepaskan kepada ibu bapa atau penjaga. Namun, sesetengah kanak-kanak tidak dapat dikeluarkan atas sebab tertentu dan undang-undang.

“Kita juga perlu memohon perintah mahkamah untuk mengekalkan mereka. Selain itu, kita benarkan mereka keluar pada awal bulan depan sekiranya dibuktikan kanak-kanak itu anak kepada ibu yang menuntut,” jelas Nancy lagi.

Selain itu, Nancy juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar mengatakan pihaknya melarang ibu bapa menuntut anak mereka.

“Proses mengembalikan kanak-kanak perlu dilakukan secara teliti termasuk mematuhi undang-undang yang sedia ada supaya dapat mengelak masalah berbangkit,” jelas Nancy lagi.

Related Posts

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan strategi penguatkuasaan baharu bermula esok dengan penekanan terhadap pemulihan aset serta tindakan lebih tegas ke atas penjenayah kewangan yang menyeleweng dan merampas hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

PUTRAJAYA – Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan program bersama sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz