434 penjaja, peniaga kecil terima sumbangan kanopi

PENAMPANG – Seramai 434 penjaja dan peniaga kecil Tamu Donggongon menerima sumbangan kanopi daripada Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick di sini, pada Rabu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sumbangan diberi bagi membantu para peniaga meneruskan perniagaan mereka memandangkan tamu Donggongon dipindah sementara ke kawasan lapang antara kedai di Pekan Donggongon.

“Pemindahan sementara itu bertujuan memberi ruang kerja-kerja menaik taraf.

“Selaku Ahli Parlimen Penampang saya memenuhi permintaan mereka untuk dibekalkan satu kanopi bagi setiap pengusaha tamu.

“434 peniaga yang terlibat yang dipindahkan sementara kita beri satu kanopi setiap seorang,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kanopi kepada para penjaja dan peniaga kecil di pekarangan Pekan Donggongon Blok D.

Beliau berharap projek menaik taraf dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan bagi membolehkan para peniaga kembali berniaga di tamu tersebut dengan kemudahan yang lebih selesa.

Menurutnya, tindakan membaik pulih tamu tersebut ada wajar dilakukan.

“Kalau kita selalu ke tamu Donggongon memang ada keperluan untuk membaik pulih dan juga menambah lot-lot ruang perniagaan supaya lebih ramai pengusaha tamu dapat berjualan,” jelasnya.

Sebagai rekod jumlah keseluruhan sumbangan adalah bernilai RM66,176.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri