3 teras jadi fokus Tourism Malaysia Sabah promosi pelancongan 2026

KOTA KINABALU – Tourism Malaysia Sabah memfokuskan tiga teras utama dalam aktiviti promosi pelancongan 2026 merangkumi pengukuhan penjenamaan dan pemasaran, peningkatan aliran pelancong menerusi kerjasama strategik serta tumpuan kepada pasaran berimpak tinggi termasuk pelancongan pengembaraan dan ekopelancongan.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar berkata, pendekatan ini bagi memastikan industri pelancongan negara terus berkembang secara mampan dan berdaya saing menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Bagi Sabah khususnya, tumpuan turut diberikan kepada segmen khusus seperti golf, selain tarikan niche termasuk pelancongan berasaskan komuniti (COBT), pengalaman homestay, aktiviti pemerhatian burung serta selam skuba.

‘Kepelbagaian produk berimpak tinggi itu dilihat berupaya menarik pelancong berkualiti yang bukan sahaja tinggal lebih lama, malah memberi pulangan ekonomi yang lebih besar kepada komuniti setempat,” katanya semasa berucap pada Majlis Apresiasi Tourism Malaysia 2025, pada Jumaat.

Menurutnya, Malaysia merekodkan 28.2 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, meningkat 14.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia yang terus kukuh di peringkat antarabangsa, hasil usaha kolektif rakan industri, agensi kerajaan serta pemegang taruh pelancongan.

“Segmen Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) turut menunjukkan pertumbuhan positif, khususnya melibatkan ketibaan berkumpulan dari China, India, Bangladesh dan Pakistan,” katanya.

Jelasnya, perkembangan itu membuka peluang besar kepada Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), hotel, lokasi acara dan penyedia perkhidmatan pelancongan untuk menyesuaikan produk serta tawaran mengikut keperluan kumpulan korporat dan insentif.

Dalam pada itu, sokongan kerajaan menerusi Belanjawan 2026 termasuk lanjutan Geran GAMELAN dan Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) amat penting bagi memperkukuh promosi bersama serta pembangunan produk pelancongan yang lebih kompetitif.

“Permohonan bagi kedua-dua geran ini telah dibuka bermula 16 Disember dan ia memberi peluang kepada pemain industri untuk memanfaatkan sokongan yang disediakan kerajaan.

“VM2026 bukan sekadar kempen promosi, sebaliknya merupakan agenda nasional yang menuntut komitmen dan tanggungjawab bersama semua pihak berkepentingan.

“Ini adalah misi bersama untuk menjadikan Malaysia bukan sekadar sebuah destinasi, tetapi satu pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat oleh para pelancong,” tambahnya.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media