3 buah sekolah ditutup akibat pencemaran kimia

JOHOR BAHRU – Tiga buah sekolah di daerah ini ditutup bermula hari ini ekora insiden pencemaran yang berlaku di kawasan Tebrau, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, tiga sekolah melibatkan sebuah sekolah kerajaan dan dua buah sekolah swasta.

Katanya, sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Penutupan ini melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid dan 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, manakala 807 pelajar dan 75 guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Ketiga-tiga sekolah ini akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kawasan di Skudai di sini turut terjejas dengan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa kimia dikenal pasti sebagai ammonia.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia