271 Rumah Mampu Milik siap di Bahau, bukti komitmen kerajaan negeri

Oleh: Hapizi

JEMPOL – Sebanyak 116 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Type A berharga RM80,000 telah berjaya disiapkan di Taman Cassia, Bahau. Inisiatif ini telah memberi nafas baharu kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri pada harga yang jauh lebih mampu milik.

Selain itu, projek sama turut merangkumi 155 unit RMM Type B berharga RM250,000 yang telah siap sepenuhnya. Kesemua unit tersebut telah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 19 Mac 2026, menandakan ia sedia untuk diduduki.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun berkata, pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sembilan dalam memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau, kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan pelaksanaan projek, malah membuktikan dasar perumahan negeri mampu diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan berimpak tinggi.

Beliau turut menegaskan bahawa penyediaan rumah pada harga serendah RM80,000 bukan sekadar angka, tetapi satu usaha strategik dalam membantu rakyat memiliki kediaman sendiri serta meningkatkan kesejahteraan hidup.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Type A di Taman Cassia, Bahau, Daerah Jempol menjadi simbol penting kejayaan pelaksanaan dasar tersebut di peringkat akar umbi.

Sebagai langkah memperkukuh agenda perumahan Negeri Sembilan, kerajaan negeri telah menetapkan dasar bahawa 50 peratus daripada setiap pembangunan baharu mestilah terdiri daripada rumah mampu milik.

Daripada jumlah itu, 20 peratus pembangunan diperuntukkan bagi Type A dengan harga antara RM80,000 hingga RM110,000, 15 peratus bagi Type B dengan harga tidak melebihi RM250,000, manakala selebihnya melibatkan Type C(i) dan C(ii) dengan harga sehingga RM450,000, sebagai penanda aras dan memastikan akses perumahan yang lebih inklusif dinikmati oleh rakyat di Negeri sembilan.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori