265 pelajar mangsa kebakaran paip gas terima RM500 beli keperluan sekolah

MENTERI Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM132,500 kepada 265 pelajar yang menjadi mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, minggu lalu.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pelajar tahun satu hingga tingkatan enam akan menerima wang tunai berjumlah RM500 seorang yang diserah pada Jumaat ini.

“Sumbangan ini membolehkan mereka mereka membeli keperluan masing-masing termasuk digunakan sebagai wang saku ke sekolah.

“Serahan akan dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di pusat pemindahan sementara (PPS) Putra Heights dalam satu majlis Jumaat ini,” katanya dipetik Media Selangor, hari ini.

Ahmad Azri berkata, jumlah penerima berkenaan berdasarkan data daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Ini merupakan sumbangan khas kepada pelajar. Pada hari pertama kejadian, MBI sudah serahkan bantuan RM10,000 untuk kegunaan PPS.

“MBI juga akan menyumbang sejumlah dana kepada Tabung Prihatin Selangor yang dibuka pentadbiran bagi membantu penduduk terjejas,” katanya.

Jumaat lalu, Yayasan Islam Darul Ehsan turut menyerahkan sumbangan dua set pakaian sekolah serta alat tulis kepada 194 pelajar melibatkan RM77,600 kos perbelanjaan.

Wang tunai RM500 juga diberikan kepada 17 pelajar institusi pengajian tinggi dan RM100 kepada lapan pelajar taska.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy