25 Ogos bicara kes rasuah bekas Setiausaha Politik Hamzah

TARIKH 25 Ogos dipilih Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk mendengar pertuduhan rasuah membabitkan wang RM350,000 terhadap bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos, lapor BH Online, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lalu.

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata, pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan.

Pendakwaan akan memanggil 20 saksi.

Pada 23 Mei lalu, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Disember 2020.

Sehari kemudian, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu lagi pertuduhan meminta suapan RM350,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di pejabat Nexuscorp di Seksyen 7, Shah Alam awal Disember 2020.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan