2,074 pesawah, penternak dan petani terima bantuan awal dari KPKM

ALOR SETAR – Seramai 2,074 dari kalangan petani, pesawah dan dan penternak menerima sumbangan bakul makanan keperluan asas dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-111 Tajar, Langgar dekat sini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya sangat simpati dengan nasib golongan itu yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Katanya, berdasarkan statistik terkini MADA berkenaan laporan pemantauan padi tenggelam di kawasan Muda sehingga 29 September 2024 telah mencatatkan keluasan tertinggi seluas 5,915.53 hektar sawah terjejas akibat bencana banjir itu.

Bencana itu menyebabkan seramai 2,928 pesawah dari MADA di sekitar 82 hektar di Wilayah 1 di Perlis, 1,603 hektar di Wilayah 11 di Jitra, 2,594 hektar di Wilayah 111 Pendang dan 1,636.33 hektar di Wilayah IV di Kota Sarang Semut.

“Pihak MADA mengenal pasti kerosakan tanaman padi di peringkat kawasan melalui bancian yang dijalankan selepas banjir. KPKM sangat simpati dengan nasib pesawah yang ditimpa banjir dan ribut baru-baru ini.

“Bagi meringankan beban pesawah yang telah mengalami kerugian dan hasil pengeluaran padi luar jangka akibat bencana KPKM menyumbangkan bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP),” katanya.

Mohamad berkata, kadar bantuan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada usia padi dengan anggaran nilai bantuan bermula RM876 hingga RM1,800 per hektar.

Jumlah maksimum bantuan kepada setiap pesawah yang layak adalah terhad kepada keluasan sebanyak tiga hektar sahaja bagi satu musim penanaman.

Sebagai langkah ke hadapan, KPKM dalam proses peralihan daripada TBTP kepada Skim Perlindungan Takaful Agromakanan yang akan dimulakan dengan subsektor tanaman padi iaitu Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

“Skim yang diterajui oleh Agrobank ini meliputi skop perlindungan bagi kejadian bencana alam seperti banjir, kemarau, kebakaran dan sebagainya. STTP ini menyediakan perlindungan lebih baik kepada pesawah individu yang berdaftar sehingga RM3,000 semusim per hektar.

“Bagi fasa pertama pelaksanaannya bermula Musim 2 Tahun 2024, skim ini akan dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan dari kerajaan,” katanya.

Jelasnya lagi, berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Kedah selaku Pengerusi KPKM memaklumkan bahawa seramai 430 pengusaha serta kakitangan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan beberapa agensi lagi telah terjejas di dalam aktiviti penanaman padi, durian, jagung, dan sayur-sayuran di Kedah .

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis