BANDA HILIR – Tidak seharusnya UMNO dan Pas memainkan naratif Melayu terancam setiap kali gelanggang pilihan raya dibuka, namun keresahan tersebut seolah-olah hilang sebaik sahaja perebutan undi berakhir.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Ezal Zamri berkata, kerjasama dua parti itu menimbulkan persoalan penyatuan yang dilakukan itu atas dasar perįuangan, atau sekadar percaturan politik menjelang pilihan raya.
“Naratif kononnya kedudukan dan masa depan orang Melayu sedang terancam kembali bergema setiap kali pilihan raya menghampiri, seolah-olah nasib orang Melayu hanya menjadi suatu keresahan apabila tiba masanya untuk meraih undi rakyat.
“Namun, selepas pilihan raya berakhir, ke mana hilangnya keresahan itu? Adakah orang, Melayu hanya terancam sepanjang tempoh berkempen, kemudian kembali selamat sebaik sahaja peti undi ditutup,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ezal berkata, jika benar nasib dan masa depan orang Melayu menjadi keutamaan, perjuangan itu sepatutnya diteruskan secara konsisten dan tidak bergantung kepada musim pilihan raya atau kepentingan politik tertentu.

Menurut beliau, kepentingan orang Melayu tidak seharusnya dijadikan bahan kempen yang dihidupkan semula apabila parti politik berdepan keperluan mendapatkan sokongan pengundi.
“Jika benar nasib dan masa depan orang Melayu menjadi keutamaan, perjuangan itu seharusnya berterusan dan konsisten. Bukan sekadar muncul bermusim, apatah lagi berubah mengikut percaturan politik dan kalendar pilihan raya.
“Kita juga perlu ingat kepentingan rakyat bukan sekadar modal meraih sokongan, Dalam penggal Parlimen ke-14, negara pernah menyaksikan tiga orang Perdana Menteri silih berganti, termasuk ketika UMNO dan Pas menjadi sebahagian daripada gabungan mendukung pentadbiran negara,” katanya.
Tambahnya, episod tersebut menjadi peringatan bagaimana kemelut politik, pertukaran sokongan dan percaturan kuasa mampu menggugat kestabilan pentadbiran.
Maka, Ezal menegaskan, apabila seruan tentang kestabilan kembali dilaungkan ketika ini rakyat berhak bertanya jika kestabilan sama sepatutnya dipertahankan ketika mereka turut mempunyai kuasa dahulu.
“Saya tidak menafikan bahawa kerjasama politik mampu membawa manfaat sekiranya dibiná atas prinsip, keikhlasan dan matlamat yang jelas Namun, penyatuan bukan sekadar,soal siapa kembali duduk semeja, siapa bersalaman atau siapa mengumumkan hubungan sudah pulih.
“Apa yang lebih utama ialah agenda vang mahu diperíuangkan bersama, bagaimana permasalahan rakyat hendak ditangani dan sejauh mana komitmen itu mampu dipertahankan apabila kepentingan politik mula bertembung,” katanya.


