Nelayan tangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

TAWAU – Dua nelayan masing-masing didenda sebanyak RM5,000 di Mahkamah Sesyen pada Rabu, selepas mengaku bersalah memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu selepas tertuduh Alai Sairali, 41, dan Zulhamjah Atibasa, 50, membuat pengakuan bersalah terbabit.

Menurut pertuduhan, pada 19 September lepas pukul 12.30 tengah hari, kedua-dua tertuduh dalam sebuah bot pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran di kawasan perairan laut Bulipatuid, Semporna, didapati memiliki ikan sebanyak 10 ekor yang ditangkap menggunakan bom ikan.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan.

Tertuduh boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 di mana masing-masing dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama 10 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok