Buruh dipenjara tujuh tahun, dua sebatan angkara libas polis guna parang

PASIR MAS – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang anggota polis menggunakan parang di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pada 17 Oktober lalu.

Muhammad Syahid Che Mat, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Koperal Mohd Afiq Amran, 37, menggunakan sebilah parang kira-kira pukul 1.35 petang di tepi jalan Kampung Lalang Pepuyu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam berikutan perbuatan tertuduh menggunakan senjata berbahaya terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, anggota polis berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah termasuk keretakan pada tangan kiri selepas dilibas dengan parang oleh suspek.

Gambar: Utusan

Related Posts

Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

KUCHING – Sarawak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak turut menerima bantuan sebanyak RM700.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan menangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

TAWAU – Dua nelayan masing-masing didenda sebanyak RM5,000 di Mahkamah Sesyen pada Rabu, selepas mengaku bersalah memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan. Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

Nelayan menangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

  • By Fatin
  • October 21, 2026
Nelayan menangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

Pengundi muda bijak menilai, kemelut Negeri Sembilan boleh jejaskan UMNO di Melaka

Pengundi muda bijak menilai, kemelut Negeri Sembilan boleh jejaskan UMNO di Melaka

RM427 juta SKAS manfaatkan lebih 823,000 penerima di Sarawak

RM427 juta SKAS manfaatkan lebih 823,000 penerima di Sarawak

Pas gelojoh urus PN, ada agenda jahat bunuh Bersatu – Harris Idaham

Pas gelojoh urus PN, ada agenda jahat bunuh Bersatu – Harris Idaham

RM6 bilion diluluskan bagi 1,146 projek Persekutuan di Sarawak

RM6 bilion diluluskan bagi 1,146 projek Persekutuan di Sarawak