630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri

ALOR SETAR – Seramai 630 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan besar-besaran Jabatan Imigresen (JIM) di tapak pembinaan kilang bateri kereta di Padang Meha, Kulim semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 396 warga China, 199 Bangladesh, Pakistan (10), Myanmar (tujuh), India (lima), Ghana (empat), Nigeria (tiga), Kenya (dua), Indonesia (dua) serta masing-masing seorang warga New Zealand dan Senegal.

Katanya, kesemua mereka berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan selepas penguat kuasa JIM memeriksa 697 individu dalam Ops Mega yang bermula kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

“Antara yang mencuri perhatian ialah penahanan warga Nigeria, Kenya, Ghana, Senegal dan New Zealand yang jarang ditemui bekerja di tapak pembinaan, selain seorang warga China yang memiliki pasport rasmi dan statusnya masih disiasat.

“Operasi itu membabitkan 159 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM, Pasukan Taktikal Khas (Pastak), serta JIM Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hasil maklumat dan risikan,” katanya sidang akhbar di Dewan Utama Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Menurur Ridzzuan, operasi dan tangkapan tersebut merupakan jumlah tangkapan paling besar di satu lokasi dalam tempoh 10 tahun.

Beliau berkata, antara kesalahan yang disiasat ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas atau permit kerja.

Katanya, terdapat kes warga asing yang dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum bekerja di tapak pembinaan, manakala kesalahan lain termasuk bekerja di lokasi berbeza atau dengan majikan yang tidak dibenarkan.

“Setiap pasport dan dokumen yang dirampas perlu diperiksa secara teliti termasuk bagi mengesahkan ketulenannya sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Menurutnya, enam saman saksi dikeluarkan bagi membantu siasatan, termasuk terhadap majikan atau wakil syarikat yang berada di lokasi ketika serbuan dijalankan.

Mengulas cabaran operasi, beliau berkata, sebahagian warga asing cuba melarikan diri dengan bersembunyi di kawasan berisiko termasuk menaiki bumbung bangunan belum siap, manakala tindakan provokasi sekumpulan individu turut mencetuskan ketegangan.

“Operasi di kawasan seluas hampir 500,000 meter persegi itu turut berdepan cabaran keselamatan apabila hujan menyebabkan laluan licin dan berlumpur, selain lubang lif, besi tetulang terdedah serta pergerakan jentera berat,” jelasnya.

Beliau berkata, tapak pembinaan kilang berkenaan pernah diserbu JIM tahun lalu dengan kira-kira 100 warga asing ditahan ketika pembinaan fasa pertama.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari