
GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) yang diadakan di Dewan Bandaran Gopeng di sini mendapat sambutan meriah daripada masyarakat sekitar.
Pelbagai pengisian program dan aktiviti dilaksanakan seperti Jualan RAHMAH, Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan kesihatan, Sukan Rakyat dan Bantuan kotak makanan.
PMK yang digerakkan di seluruh negara meruapakan inisiatif strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Jabatan Perdana Menteri yang dirangka untuk menjawab persoalan asas iaitu memastikan apa yang dirancang oleh kerajaan benar-benar difahami dan dirasai manfaatnya oleh rakyat.

Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja.






