Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA X TM terus menghargai jasa para pengamal media dengan menyantuni waris tokoh wartawan veteran Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie di kediamannya pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sebagai tanda penghormatan dan penghargaan tertinggi atas bakti cemerlang mendiang dalam industri kewartawanan yang menjangkau usia lebih lima dekad.

Mendiang James Alexander Ritchie yang meninggal dunia pada 3 Mei 2025 ketika berusia 75 tahun, mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak tahun 1971. 

Sepanjang kerjayanya, mendiang pernah menabur bakti bersama beberapa agensi media utama termasuk New Straits Times (NST), Sarawak TribuneNew Sarawak TribuneEastern Times, dan Sarawak Digest.

Selain itu, mendiang yang juga merupakan penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pernah menyandang tugas-tugas penting seperti Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, penasihat editorial, pengarah eksekutif, serta perunding media.

Dalam perkembangan berkaitan, pangkalan data kementerian merekodkan bahawa setakat 16 September 2026, inisiatif Tabung Kasih@HAWANA telah berjaya memberi manfaat kepada 847 orang penerima di seluruh negara dengan jumlah sumbangan keseluruhan mencecah RM2.49 juta. 

Khusus bagi Sarawak, seramai 60 penerima telah disantuni yang membabitkan penyaluran dana berjumlah RM178,000.

Inisiatif di bawah payung tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini merupakan usaha berterusan bagi memperkukuh jaringan sokongan kebajikan buat komuniti media dan keluarga mereka yang memerlukan.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.

Related Posts

Capaian internet BCCK ditingkatkan kepada 2 Gbps sempena Hari Malaysia 2026

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kelancaran capaian internet di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berada pada tahap optimum bagi menampung keperluan sekitar 5,000 tetamu sempena malam kemuncak Sambutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggiat seni meriahkan Kuantan Flash Mob sempena Hari Malaysia

KUANTAN – Lebih 130 penggiat seni memeriahkan sambutan Hari Malaysia melalui penganjuran Kuantan Flash Mob – Kita Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang, di sini hari ini. Bertemakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

Capaian internet BCCK ditingkatkan kepada 2 Gbps sempena Hari Malaysia 2026

Capaian internet BCCK ditingkatkan kepada 2 Gbps sempena Hari Malaysia 2026

Penggiat seni meriahkan Kuantan Flash Mob sempena Hari Malaysia

Penggiat seni meriahkan Kuantan Flash Mob sempena Hari Malaysia

Kenaikan bil elektrik: Kerajaan teliti langkah mitigasi esok

Kenaikan bil elektrik: Kerajaan teliti langkah mitigasi esok