Kerajaan Pahang peruntuk RM1.187 juta untuk warga JKN Pahang

LIPIS – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM1.187 juta sebagai tanda penghargaan kepada 11,870 petugas kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menerusi Majlis Apresiasi Pahang1st, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghargaan itu adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap petugas kesihatan yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab menjaga kesihatan rakyat tanpa mengira masa.

“Hari ini kerajaan negeri menyampaikan baucar jumlah keseluruhan RM1.187 juta sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada 11,870 petugas kesihatan di bawah JKN Pahang.

“Mereka ini terdiri daripada doktor, pembantu kesihatan, pegawai, kakitangan sampailah ke pihak yang membawa kereta ambulans.

“Kita tahu mereka ini semua peringkat menjalankan tugas, boleh dikatakan 24 jam secara bergilir. Jadi, kerajaan negeri terpanggil untuk meraikan mereka,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Pahang1st kepada Petugas Kesihatan JKN Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited untuk terus menyantuni dan menghargai semua golongan yang berkhidmat serta bekerja di negeri ini.

“Sebelum ini kita telah meraikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan hari ini pula daripada JKN. Selepas ini kita akan fikirkan, insya-Allah, kalau boleh kita nak santuni semua mereka yang bekerja di Pahang,” katanya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan