GP Belgium milik Antonelli

PELUMBA muda Itali, Kimi Antonelli menamatkan kemarau kemenangan dalam tiga perlumbaan untuk mengukuhkan kedudukannya di puncak kejuaraan Formula Satu (F1) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belgium, hari ini.

Pelumba Mercedes berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan 1.9 saat di hadapan pelumba Ferrari, Charles Leclerc, manakala juara dunia empat kali, Max Verstappen dari Red Bull di kedudukan ketiga.

Rakan sepasukan Antonelli, George Russell yang memulakan perlumbaan di tangga kedua kejuaraan, hanya 25 mata di belakang pelumba Itali itu, gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan pembukaan susulan perlanggaran dengan Lewis Hamilton.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat keempat untuk Ferrari selepas aksi dicemari dengan insiden, termasuk hampir melanggar seorang mekaniknya ketika hentian pit dengan juara dunia tujuh kali itu berdepan kemungkinan dikenakan penalti tambahan.

Isack Hadjar yang memulakan perlumbaan dari petak belakang mempamerkan aksi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat keenam, selain berjaya mengekang juara bertahan, Lando Norris yang bermula dari petak ke-13.

Gabriel Bortoleto (Audi), Arvid Lindblad (Racing Bulls) dan Franco Colapinto (Alpine) melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Ia kemenangan keenam Antonelli musim ini dan ia hadir selepas dia meraih petak utama keenam musim ini, sekali gus menjadi pelumba pertama yang bermula di petak hadapan memenangi perlumbaan di Belgium sejak 2021.

Kemenangan itu melonjakkan Antonelli kepada 204 mata dalam kedudukan kejuaraan, 45 mata di hadapan Hamilton, manakala Russell di tangga ketiga dengan 154 mata.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM