Tragedi Sungai Sedim: Sedih ketika angkat mayat mangsa

KULIM – Seorang penduduk kampung pilu apabila melihat jasad kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan kepala air di Sungai Sedim di sini, semalam ketika tersangkut pada batu.

Menurut Kamal Rizal Mat Isa, 53, dia bersama beberapa penduduk lain menunggu di bahagian hilir sungai selepas dimaklumkan terdapat mangsa dihanyutkan arus kepala air.

Katanya, tidak lama kemudian, mereka ternampak tubuh mangsa tersangkut pada batu sebelum bertindak mengangkatnya ke tebing.

“Kami dapat panggilan daripada orang di kawasan atas sungai yang beritahu ada budak hanyut, jadi kami tunggu di bawah.

“Tidak lama kemudian kami nampak mangsa tersangkut pada batu. Kami ramai-ramai angkat mangsa ke tebing,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Kamal Rizal berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras sejauh lebih satu kilometer sebelum ditemui.

“Semasa ditemui, kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, kejadian itu mengejutkan kerana kawasan hilir tidak mengalami hujan, sebaliknya hujan di kawasan hulu sehingga menyebabkan fenomena kepala air.

“Biasanya kalau orang di atas nampak kepala air, mereka akan maklumkan kepada orang di bawah supaya bersedia. Kali ini semuanya berlaku terlalu pantas,” ujarnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mandi atau beriadah di sungai ketika cuaca tidak menentu kerana fenomena kepala air boleh berlaku walaupun kawasan berhampiran tidak menerima hujan.

“Sekiranya air mula deras atau cuaca tidak menentu, cepat-cepat naik ke darat. Jangan ambil risiko,” katanya sambil mengakui sedih melihat ibu bapa mangsa yang tiba di lokasi sejurus mayat anak mereka ditemui.

Media semalam melaporkan, keseronokan pengunjung mandi-manda di Sungai Sedim bertukar tragedi apabila tiga orang ditemukan mati lemas akibat dihanyutkan kepala air, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu Nur Atikah Abdullah, 28; sepupunya, Muhammad Aariz Daniel Md. Radzi, 3, serta seorang lagi mangsa daripada keluarga berbeza, Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan