Rosmah saman Harith Iskander dakwa dihina dalam persembahan komedi

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap pelakon dan pelawak, Harith Iskander, atas dakwaan menghina rupa paras serta fizikalnya menerusi satu persembahan komedi yang diadakan di Melaka, Januari lalu.

Rosmah, 75, memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi pada 9 Jun lalu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak dengan menamakan Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa Harith memaparkan imej makhluk halus sebelum memaparkan gambarnya ketika persembahan “Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour” di Hotel Swiss-Garden, Melaka.

Beliau turut mendakwa sebelum paparan itu dibuat, Harith memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap akan “melihat sesuatu yang menakutkan”, sekali gus memberi gambaran dirinya dikaitkan dengan makhluk halus.

“Saya tidak pernah membiayai, memudahkan atau dalam apa jua cara sekalipun mengatur transaksi bagi pihak menantu lelaki saya atau mana-mana individu atau entiti lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosmah mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baiknya selain mengaibkannya melalui penghinaan terhadap bentuk fizikal atau body shaming.

Beliau turut mendakwa dua rakaman persembahan yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 telah mendapat ratusan ribu tontonan, sekali gus memperluaskan penyebaran kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Rosmah berkata kenyataan itu menjejaskan reputasi, maruah dan nama baiknya sebagai figura awam, isteri bekas Perdana Menteri serta penaung kepada pelbagai badan amal dan persatuan.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, selain perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan berkenaan.

Beliau turut memohon mahkamah mengarahkan Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat serta menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah melalui dua akhbar arus perdana dan platform media sosial yang dipersetujui.

Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bersama Nur-Diana Ezlyn Hashim mengesahkan tuntutan saman itu, manakala peguam Harith, Sangeet Kaur Deo, turut mengesahkan pihaknya telah menerima saman berkenaan.

Pengurusan kes ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada 31 Julai ini.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar