Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

KOTA KINABALU – Tindakan sebuah bot nelayan tempatan menjalankan aktiviti menunda pukat di kawasan larangan membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di perairan Kota Kinabalu, lewat malam Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, bot berkenaan dikesan hasil pemantauan Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA).

Katanya, sistem berkenaan mengesan tiga sasaran mencurigakan dipercayai menjalankan aktiviti menunda pukat kurang daripada tiga batu nautika dari pantai di perairan barat Tanjung Tombongon sebelum pasukan operasi digerakkan ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut sedang menarik pukat pada kedudukan kira-kira 1.86 batu nautika dari daratan, iaitu melanggar syarat minimum tiga batu nautika yang ditetapkan dalam lesen vesel perikanan.

“Bot itu dikendalikan tujuh kru berusia antara 20 hingga 60 tahun yang terdiri daripada seorang warga tempatan, empat warga Indonesia dan dua individu yang memiliki dokumen pengenalan diri yang diragui,” katanya dalam satu kenyataanpada Sabtu.

Menurut Mohd Khairulanuar, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menarik pukat di kawasan larangan.

“Selain itu, dua individu terbabit turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang diragui,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohd Khairulanuar, bot berkenaan bersama tujuh kru, peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM450,000, manakala kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan di perairan Sabah bagi membanteras aktiviti perikanan yang melanggar syarat pelesenan serta kesalahan lain demi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan perairan sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai serta komuniti maritim yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di laut supaya menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan