Anwar ucap selamat ulang tahun ke-101 Dr Mahathir, doakan terus sihat dan diberkati

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat, Anwar berkata beliau mendoakan agar Dr Mahathir terus dilimpahi rahmat Allah SWT serta diberikan kesejahteraan.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, Insya-Allah,” katanya.

Anwar dan Dr Mahathir mempunyai sejarah politik yang panjang, bermula apabila Anwar menyertai UMNO pada 1982 sebelum dilantik menyertai Kabinet di bawah pentadbiran Dr Mahathir sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sepanjang era pentadbiran itu, Anwar turut memegang beberapa portfolio penting termasuk Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

Hubungan kedua-dua tokoh itu pernah melalui pelbagai fasa, termasuk perbezaan politik yang membawa kepada perpisahan pada 1998.

Namun, mereka kembali bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 apabila Dr Mahathir mengetuai kerajaan Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri ketujuh, manakala Anwar kembali ke arena politik selepas menerima pengampunan diraja.

Dr Mahathir, yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, sekali gus menjadi antara pemimpin kerajaan tertua di dunia yang pernah memegang jawatan tersebut. Beliau juga dikenang atas sumbangan besar dalam memacu pembangunan dan perindustrian negara sepanjang lebih dua dekad pentadbirannya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar