Kerajaan tanggung beban 1MDB RM51.4 bilion

KUALA LUMPUR – Keseluruhan liabiliti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang harus ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, termasuk RM42.5 bilion yang telah dibayar dan baki komitmen sukuk RM8.9 bilion sehingga 2039.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, selepas kerajaan berjaya mendapatkan semula dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion setakat 30 Jun 2026, kerajaan masih perlu menanggung baki liabiliti RM20.1 bilion.

“Ada empat kos atau kerugian yang saya anggap kes 1MDB telah membawa kepada negara. Satu ialah jumlah yang disebutkan sebanyak RM51 bilion ini. Kalau tidak ada usaha, maka jumlah ini adalah jumlah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

“Tapi telah ada usaha selepas tahun 2018, bermakna kita sekarang ini akan tanggung kos RM20 bilion atau RM20.1 bilion yang kerajaan rasa agak sukar untuk dapat kembali semua,” katanya.

Menurut Chin Tong, ketiga ialah ‘opportunity cost’. Kos yang boleh diguna pakai dana terbabituntuk tujuan lain manakal keempat ialah kos reputasi, ataupun kos nama baik atau negara dan apa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkukuh tatakelola negara.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen mengenai jumlah liabiliti 1MDB yang ditanggung Kerajaan, pembayaran yang telah dilunaskan serta dana dan aset yang berjaya dipulihkan.

Tegasnya, kerajaan akan terus mempergiat usaha mendapatkan semula aset 1MDB, namun mengakui pemulihan pada masa depan dijangka tidak mencukupi bagi menampung keseluruhan baki obligasi.

Jelasnya, kerajaan pada masa sama telah melaksanakan beberapa pembaharuan tadbir urus, termasuk Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, pindaan Akta Audit serta penggubalan Akta Syarikat Milik Kerajaan (SOE) bagi mengelakkan skandal seumpamanya berulang.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar