Ahli Parlimen Eropah desak Presiden FIFA disiasat

PULUHAN ahli parlimen Eropah mengumpulkan sokongan untuk melancarkan siasatan di Parlimen Eropah terhadap Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino susulan pembabitan dalam keputusan membenarkan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun beraksi walaupun sebelum itu dilayangkan kad merah.

Infantino turut berdepan kemungkinan disiasat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas sebuah pertubuhan hak asasi manusia mengumumkan akan memfailkan aduan rasmi terhadap beliau.

Balogun dilayangkan kad merah ketika AS menewaskan Bosnia dan Herzegovina pada 1 Julai, yang sepatutnya menyebabkan dia digantung satu perlawanan.

Namun, FIFA menangguhkan penggantungan itu pada Isnin lalu selepas Presiden AS, Donald Trump, dikatakan campur tangan dengan menghubungi Infantino bagi pihak penyerang berusia 25 tahun itu.

Ahli parlimen Eropah, Barry Andrews, Lara Wolters dan Niels Fuglsang, dalam kenyataan bersama menyifatkan tindakan FIFA mengubah peraturan penggantungan kad merah ketika kejohanan sedang berlangsung sebagai memalukan dan mencemarkan keadilan.

“Mereka sekali lagi menyaksikan Infantino dan FIFA tunduk kepada tekanan pentadbiran Trump,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga mereka menggesa persatuan bola sepak negara anggota Kesatuan Eropah supaya mendesak Jawatankuasa Etika FIFA menjalankan siasatan terhadap Infantino.

Siasatan itu bertujuan menentukan sama ada tekanan daripada pentadbiran Trump menjadi faktor pembatalan penggantungan Balogun, selain meneliti kemungkinan pelanggaran lain terhadap prinsip berkecuali politik, termasuk tindakan menganugerahkan ANUGERAH keamanan FIFA Kepada Trump.

FIFA sebelum ini menegaskan keputusan menarik balik penggantungan Balogun dibuat oleh jawatankuasa disiplin badan induk bola sepak dunia itu.

Menurut ahli parlimen terbabit, seramai 35 rakan mereka setakat ini sudah menandatangani surat sokongan bagi menggesa siasatan dijalankan.

“Keindahan sukan terletak pada peraturan yang adil dan telus. Apabila Infantino membenarkan tekanan politik menentukan siapa yang boleh bermain, semangat keadilan dalam sukan akan musnah,” kata mereka.

Dalam perkembangan sama, IOC turut dijangka meneliti tindakan Infantino.

IOC meletakkan prinsip berkecuali sebagai antara asas utama gerakan Olimpik dan mempunyai bidang kuasa terhadap Infantino yang menjadi anggota badan itu sejak 2020.

Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di London, FairSquare, memaklumkan ia akan memfailkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Etika IOC berhubung dakwaan pelanggaran berulang prinsip berkecuali politik oleh Infantino.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Presiden IOC, Kirsty Coventry, berkata badan berkenaan masih belum menerima sebarang aduan rasmi.

Related Posts

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

ERLING Haaland meledak dua gol untuk membantu Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto awal pagi tadi. Tiga percubaan Haaland digagalkan penjaga gol Porto,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan