Buka peluang pekerjaan, MyLesen B2 kurangkan beban belia dan asnaf

LIMBANG – Program MyLesen B2 bukan sekadar membantu rakyat memperoleh lesen memandu secara sah, malah menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan khususnya buat golongan belia dan keluarga berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan memahami cabaran segelintir masyarakat yang tidak mampu menanggung kos permohonan lesen tersebut.

“Menerusi inisiatif kelolaan Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, manfaat pemilikan lesen kini diperluas hingga ke kawasan pedalaman.

“Program ini membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan, menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 Peringkat Sarawak 2026 di Dataran Tebingan Limbang, pada Ahad.

Menurutnya, seramai 2,300 peserta menerima manfaat inisiatif itu di seluruh negeri bagi tahun ini berbanding 4,355 individu pada tahun 2024 dan 2025.

“Daripada jumlah itu, seramai 506 peserta merupakan penduduk Limbang, membuktikan komitmen kerajaan memastikan masyarakat utara Sarawak tidak tercicir daripada arus pembangunan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata MOT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperkenalkan Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta yang menyasarkan 60,000 pelajar seluruh negara.

Di Sarawak sahaja, seramai 2,600 pelajar dijangka menerima lesen memandu motosikal secara percuma sebelum menamatkan alam persekolahan.

Menyentuh mengenai isu keselamatan, Hasbi mengingatkan penerima lesen supaya mematuhi undang-undang bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.

Tegasnya, negara merekodkan lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya setiap tahun dengan hampir 70 peratus daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Justeru, beliau menggesa penunggang untuk sentiasa memakai topi keledar yang mematuhi piawaian, selain memanfaatkan kempen pertukaran topi keledar percuma yang dianjurkan menerusi program berkenaan.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor