Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

TUAN rumah bersama, Kanada meraih gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Afrika Selatan 1-0 di pusingan 32, sekali gus muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan Stephen Eustaquio pada minit ke-92 menerusi rembatan dari luar kotak penalti untuk memastikan kemaraan pasukan berkenaan.

Sebelum itu, percubaan Moise Bombito berjaya dikeluarkan tepat di atas garisan gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Kejayaan itu juga menyaksikan Kanada mencipta sejarah baharu di pentas Piala Dunia apabila melangkah ke pusingan 16 terakhir buat kali pertama.

Kanada bakal bertemu pemenang perlawanan antara Maghribi dan Belanda di pusingan 16 terakhir di Houston, Ahad ini.

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok