Lelaki ditahan disyaki curi buah sawit milik SALCRA di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan polis pada Selasa kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian buah kelapa sawit milik sebuah ladang di Roban.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah rumah panjang di Sungai Ruan, Roban.

Menurutnya, kejadian bermula apabila seorang polis bantuan yang bertugas di ladang sawit milik Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority (SALCRA) Roban South menerima maklumat daripada pekerja ladang mengenai kehadiran dua lelaki yang sedang memindahkan buah sawit ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

“Pengadu bersama rakan sekerjanya segera ke lokasi sebelum membuat sekatan di kawasan ladang berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek enggan memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri bersama buah sawit yang dipercayai dicuri sebelum pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mathew berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memasuki kawasan Ladang Sawit SALCRA South Roban bersama anak lelakinya yang masih bebas pada kira-kira jam 7.30 pagi menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

“Suspek mengaku mengangkat tandan buah kelapa sawit yang telah dilonggokkan di tepi jalan ke dalam kenderaan mereka sebelum cuba meninggalkan kawasan ladang.

“Ketika dalam perjalanan keluar, mereka terserempak dengan pengadu dan terus memecut kenderaan bagi mengelakkan diri daripada ditahan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri ke sebuah pondok yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menyembunyikan buah sawit serta alat penombak sawit di dalam semak.

Dalam serbuan dan tangkapan tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), berwarna hitam, 39 tandan buah kelapa sawit dan satu unit alat penombak sawit.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan,” katanya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara