JKOM perlu jadi jambatan hubung dasar kerajaan, realiti rakyat – KSN

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) perlu sentiasa memastikan setiap komunikasi yang disampaikan kepada masyarakat berasaskan kebenaran dan membina kepercayaan yang utuh.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan, institusi itu juga harus berfungsi sebagai jambatan utuh yang menghubungkan dasar-dasar kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat.

Harapan berkenaan dinyatakan beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah JKOM yang baharu, Mohd Hisyamuddin Ghazali, di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan sejurus selepas selesainya Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi Sektor Awam (STAR).

Shamsul Azri berkata, JKOM di bawah pimpinan Mohd Hisyamuddin memikul tanggungjawab besar bagi memastikan penyampaian maklumat kerajaan sentiasa telus dan efektif.

“Komunikasi kepada rakyat dan komuniti mestilah sentiasa berasaskan kebenaran demi membina kepercayaan.

“Ia sekali gus mampu menjadi jambatan yang menghubungkan dasar kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pelantikan Mohd Hisyamuddin sebagai Ketua Pengarah JKOM dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkasakan lagi agenda komunikasi komuniti di seluruh negara.

Terdahulu, hari ini, Mohd Hisyamuddin telah mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan berkenaan, Mohd Hisyamuddin berkata, mereka membincangkan hala tuju baharu JKOM dalam memperkasakan penyampaian maklumat kerajaan kepada komuniti.

Mohd Hisyamuddin menzahirkan komitmen penuh untuk menterjemahkan amanat Perdana Menteri ke peringkat akar umbi dengan lebih agresif dan berkesan.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis