Permohonan Kem But Pra-Pemecut TEGAS (TPAB) 2026 kini dibuka

KUCHING – Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) secara rasmi mengumumkan pembukaan permohonan bagi Kem But Pra-Pemecut TEGAS (TPAB) 2026 untuk kohort kelapan.

Program intensif selama lima hari tersebut dijadualkan berlangsung mulai 6 hingga 10 Julai 2026 di Perkampungan Digital TEGAS (TDV), Kuching.

Program itu direka khusus untuk memperkasakan syarikat pemula (startups) peringkat awal di Sarawak dengan kemahiran, pengetahuan dan bimbingan kritikal bagi mempercepatkan pertumbuhan perniagaan serta mempersiapkan mereka untuk menerima pelaburan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, inisiatif berkenaan menumpukan kepada usaha melahirkan generasi baharu pemikir yang berani dan penyedia jalan penyelesaian, bukan sekadar melancarkan perniagaan semata-mata.

Menurut beliau merangkap Pengerusi TEGAS, langkah tersebut amat penting untuk memberikan impak sebenar kepada komuniti, sekali gus menyokong sasaran kerajaan Sarawak ke arah mencapai ekonomi digital yang makmur dan inklusif menjelang 2030.

Beliau turut menambah bahawa penyediaan sokongan dan alatan penting untuk pengasas peringkat awal ini akan membina sebuah ekosistem inovasi yang kukuh bagi membolehkan bakat tempatan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Bagi kohort kali ini, TEGAS menjalinkan kerjasama dengan Growth Through Innovation sebagai rakan pelaksana bagi memperkasakan modul program berkenaan.

Pengasasnya, Ken Lau berkata, pihaknya komited untuk membantu bakat tempatan mengubah idea mereka kepada perniagaan sebenar menerusi inovasi, pelaksanaan secara berkesan serta keusahawanan berpacukan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Sepanjang program tersebut, peserta akan didedahkan dengan pelbagai modul komprehensif termasuk penggunaan AI Generatif untuk mengesahkan masalah dengan pantas.

Mereka turut diajar kemahiran pemasaran digital, asas kewangan syarikat pemula serta pembangunan dek pembentangan berasaskan data.

Selain itu, peserta juga akan mendapat pengalaman praktikal untuk membangunkan Produk Berdaya Maju Minimum (MVP) menggunakan pendekatan tanpa kod yang dipanggil ‘Vibe Coding’.

Kemuncak program ini adalah pada ‘Hari Demo’, yang mana para pengasas akan membentangkan projek perniagaan mereka secara langsung di hadapan barisan pelabur, rakan korporat dan mentor.

Penyertaan kini terbuka kepada syarikat pemula di peringkat percambahan idea atau awal pertumbuhan yang diwakili tidak lebih daripada empat orang pengasas bersama.

Syarat wajib penyertaan adalah setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas atau pengasas bersama anak jati Sarawak.

Pasukan yang berminat perlu bersedia memberikan komitmen penuh sepanjang lima hari kem but itu berlangsung dan boleh mula mendaftar menerusi pautan bit.ly/TPAB2026 sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2026.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar