8 cedera Vellfire terbabas dekat Bukit Tajau

MARAN – Lapan individu cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka terbabas di Kilometer 169 Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran FELDA Bukit Tajau menghala ke Chenor, tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.39 tengah hari.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.50 tengah hari dan mendapati sebuah Toyota Vellfire terbabas.

“Terdapat lapan mangsa terlibat terdiri daripada tiga lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, bagaimanapun semua mangsa tidak tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan.

“Semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak