Sarawak lonjak status hab teknologi tinggi, bukti keyakinan pelabur Korea Selatan

SEOUL – Sarawak kini giat mempercepatkan peralihan ke arah industri bernilai tinggi melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, dengan pembangunan bakat menjadi tonggak utama bagi merealisasikan transformasi tersebut. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan pelajar Malaysia, khususnya anak Sarawak di luar negara, dianggap sebagai aset negeri yang paling berharga. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi libat urus bersama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) di Seoul, Korea Selatan pada Ahad.

Menurut Awang Tengah, Korea Selatan kini merupakan salah satu rakan strategik paling penting bagi Sarawak merangkumi aspek perdagangan, pelaburan, teknologi dan pembangunan bakat. 

Beliau mendedahkan nilai perdagangan antara Sarawak dengan Korea Selatan sahaja mencecah RM16.8 bilion pada tahun 2025, sekali gus membuktikan keyakinan berterusan syarikat dari negara itu terhadap Sarawak sebagai destinasi pelaburan strategik. 

Sehubungan itu, beliau menyeru para pelajar agar menimba ilmu dan mendalami budaya teknologi di Korea Selatan untuk dibawa pulang bagi menyokong ekosistem teknologi tinggi yang sedang dibangunkan menerusi Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030. 

Pembangunan ini seiring dengan fokus baharu Sarawak yang beralih kepada sektor tenaga hijau, teknologi digital, aeroangkasa, pembuatan maju dan semikonduktor.  

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil berkata, syarikatnya komited untuk membina saluran bakat masa depan bagi menangani isu kekurangan profesional mahir dalam industri semikonduktor global. 

Beliau menegaskan pelaburan terhadap pembangunan bakat perlu bermula dari sekarang sekiranya Sarawak serius mahu membina industri semikonduktor yang mampan. 

Shariman turut menangkis mitos peluang kerjaya dalam industri ini terhad kepada golongan jurutera sahaja. 

Sebaliknya, beliau menjelaskan pembinaan syarikat teknologi bertaraf dunia memerlukan pakar dari pelbagai bidang termasuk pembangunan perisian, kecerdasan buatan, kewangan, perundangan, komunikasi strategik serta sumber manusia. 

Justeru, setiap individu yang mampu menyelesaikan masalah mempunyai peranan dalam industri tersebut tanpa mengira latar belakang pengajian mereka.  

Mengulas lanjut, Shariman menambah SMD Semiconductor bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negeri pencipta teknologi, dan bukan sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh pihak luar. 

Visi ini selari dengan hasrat untuk melihat cip mikro yang direka dan dibangunkan di negeri itu membawa pengiktirafan global dengan label baik ‘Direka dan Dibuat di Sarawak’ mahupun ‘Dibuat di Sarawak’. 

Turut dihadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh; Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid; dan Pengerusi OCI Holdings serta OCI TerraSus, Woo Hyun Lee. 

Menerusi inisiatif ini, Sarawak berharap dapat memberi inspirasi kepada bakat tempatan yang mendapat pendedahan global untuk menyumbang pengetahuan, kemahiran, dan perspektif antarabangsa mereka ke arah pembangunan masa depan negeri.

Related Posts

Betong bakal miliki Pusat Konvensyen Mini

BETONG – Betong bakal memiliki Pusat Konvensyen Mini bagi memenuhi keperluan penganjuran forum, persidangan dan pelbagai program pembangunan ilmu di bahagian berkenaan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

KUALA LUMPUR – Penganjur acara larian di ibu negara digesa menyelaraskan laluan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan gangguan trafik susulan penutupan jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelemahan pengurusan, kerugian UiTM Holdings perlu disemak secara teliti

Kelemahan pengurusan, kerugian UiTM Holdings perlu disemak secara teliti

Pemerkasaan pembangunan Bumiputera tidak pernah dipinggirkan Kerajaan MADANI

Pemerkasaan pembangunan Bumiputera tidak pernah dipinggirkan Kerajaan MADANI

PAUiTM diamanah nilai prestasi agensi Bumiputera, perkasa keupayaan universiti

PAUiTM diamanah nilai prestasi agensi Bumiputera, perkasa keupayaan universiti

Betong bakal miliki Pusat Konvensyen Mini

Betong bakal miliki Pusat Konvensyen Mini

Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

Literasi Pertahanan Nasional perkukuh kesedaran masyarakat terhadap pertahanan negara

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Literasi Pertahanan Nasional perkukuh kesedaran masyarakat terhadap pertahanan negara